Rafizi hadir ke Bukit Aman bantu siasatan ceramah di Selayang

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang, Selangor, bulan lalu.

Rafizi yang juga pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) tiba pada jam 10.57 pagi dengan ditemani tiga peguam, iaitu Nik Zarith Nik Mustapha, Adi Zulkarnain Zulkafli dan Wan Ahmad Qushairi Adzmi.

Semalam, Rafizi menerusi kenyataan mengesahkan menerima notis daripada polis untuk hadir bagi dirakam keterangan susulan laporan yang dibuat pada 22 Oktober berhubung ceramah pada 20 Oktober lalu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah jenayah serta Seksyen 505 kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Notis siasatan polis itu antara lain berkait ucapan ceramah yang didakwa membangkitkan beberapa dakwaan termasuk isu berkaitan mafia korporat serta dakwaan pembayaran wang berjumlah RM9.5 juta kepada seorang pemimpin politik.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan dirinya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dan sanggup membatalkan program kempen di Melaka untuk memberikan keterangan hari ini. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *