IPO Richtech terlebih langganan 245.42 kali

IPO Richtech terlebih langganan 245.42 kali

KUALA LUMPUR – RichTech Digital Berhad (RichTech) yang terlibat dalam pengedaran tambah nilai elektronik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran bil di Malaysia, mengumumkan tawaran awam permulaannya (IPO) telah terlebih langganan 245.42 kali.

Sambutan yang amat menggalakkan itu mencerminkan keyakinan pelabur yang teguh terhadap prospek Richtech dan peningkatan tambah nilai elektronik dan industri pembayaran bil.

IPO RichTech melibatkan terbitan awam sebanyak 54.66 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 25.31 juta saham sedia ada.

Pengarah Urusan RichTech Lee Teik Keing berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sambutan yang luar biasa terhadap IPO Richtech.

“Permintaan yang kukuh menunjukkan keyakinan terhadap misi RichTech untuk memacu transformasi digital dalam landskap ekonomi digital Malaysia.

“Dana yang dikumpul akan membolehkan kami meningkatkan platform SRS proprietari kami, mengembangkan kehadiran pasaran dan memperkenalkan penyelesaian inovatif untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang,” katanya.

RichTech dijadualkan membuat penampilan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 17 Februari 2025 dan saham-sahamnya diperuntukkan seperti berikut, saham untuk orang awam Malaysia sebanyak 10.12 juta saham diagihkan sama rata antara pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera (lima peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan).

Sebanyak 1.55 juta saham diperuntukan kepada pengarah dan pekerja yang layak, 42.99 juta saham diberi melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih, manakala sebanyak 25.31 juta saham dijual melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Teik Keing berkata, sebanyak 24,237 permohonan untuk 2,494,534,300 Saham Terbitan dengan nilai RM623.63 juta telah diterima daripadaorang ramai Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 245.42 kali.

KAF Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *