BERITA UTAMA
Piala Dunia 2026 tugas terakhir Deschamps

Piala Dunia 2026 tugas terakhir Deschamps

PARIS – Didier Deschamps, jurulatih pasukan kebangsaan Perancis paling lama berkhidmat, tidak akan memperbaharui kontraknya yang berakhir pada tahun 2026, menurut Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) awal pagi tadi.

Kontrak Deschamps berjalan hingga Piala Dunia berikutnya, yang mana Les Bleus belum layak.

Pengendali berusia 56 tahun itu mengambil alih daripada pemenang Piala Dunia 1998, Laurent Blanc pada 2012 dan mengemudi Les Bleus merangkul kejuaraan Piala Dunia 2018, dua tahun selepas layak ke final Kejuaraan Eropah di laman sendiri.

Bekas kapten Perancis itu, seorang daripada tiga personaliti yang memenangi kejuaraan terbesar dalam dunia bola sepak sebagai pemain dan jurulatih, mengemudi pasukan kebangsaan ke final Piala Dunia sekali lagi pada 2022, tumpas di tangan Argentina menerusi penentuan penalti selepas satu daripada perlawanan terbaik dalam sejarah kejohanan itu.

Terdahulu semalam, akhbar sukan Perancis, L’Equipe melaporkan Deschamps akan membuat pengumuman hari ini.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps meraikan kemenangan Piala Dunia 2018 ketika aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Belanda di Stade de France, Saint-Denis, pada 9 September 2018. – Foto fail AFP

Presiden FFF, Philippe Diallo memberitahu Reuters, Deschamps tidak akan menyambung kontraknya selepas Piala Dunia dan berkata: “Beliau akan memenuhi kontraknya hingga 2026.”

Deschamps, yang tidak menang trofi dengan setiap kelab yang diuruskannya sebelum menjadi jurulatih Perancis, turut meraih kejuaraan Liga Negara-Negara 2021 bersama Les Bleus.

Sebagai pemain, beliau memenangi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, kedua-duanya sebagai kapten.

Tidak pasti siapa yang akan menggantikannya tetapi Zinedine Zidane menjadi pilihan utama untuk memegang jawatan itu. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *