Mungkin guna khidmat guaman kerajaan Thailand – Artis Kelantan

Mungkin guna khidmat guaman kerajaan Thailand – Artis Kelantan

NARATHIWAT (SELATAN THAILAND) – Penyanyi tersohor Kelantan yang ditangkap bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok, Selatan Thailand pada 1 Disember lalu memberitahu belum melantik peguam.

Penyanyi itu berkata, dia menyerahkan hal itu kepada ahli keluarganya, namun harga yang ditawarkan firma guaman tersebut mencecah 10 juta Bath (1.3 juta ringgit)

Bagaimanapun, katanya, dia memilih untuk menolak kerana tidak mempunyai wang, selain tahu pihak berkenaan mahu mengambil kesempatan.

Katanya, sehingga kini dia bersama seorang lagi rakan wanitanya belum mempunyai peguam yang dapat memberikan khidmat nasihat guaman bagi menghadapi kes tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya mungkin akan terima tawaran pihak kerajaan Thailand untuk menggunakan khidmat peguam yang ditawarkan mereka,” katanya ketika ditemui beberapa media dari Kelantan yang diberikan kebenaran eksklusif selama 40 minit untuk melawat wanita berusia 28 tahun itu di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand semalam.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Thailand menawarkan khidmat guaman kepada semua enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi berkenaan untuk proses membela diri.

Dalam pada itu, penyanyi itu berharap peminatnya terus mendoakan kesejahteraannya ketika berada dalam tahanan di Penjara Wilayah Narathiwat.

“Saya bersama dua lagi rakan wanita berada dalam keadaan baik dan menerima layanan sama seperti tahanan yang lain.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Rindu terhadap keluarga juga sedikit terubat apabila diberi peluang berjumpa mereka setiap Khamis selama 15 minit,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *