Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat

Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat

KUALA LUMPUR – Mangsa banjir di pantai timur semakin bertambah dengan gelombang kedua yang melanda.

Setakat jam 6 pagi Rabu, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.

Terengganu mencatatkan mangsa tertinggi dengan 5,809 orang terdiri daripada 1,446 keluarga.

Mereka ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terlibat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara di Kelantan, tiga PPS dibuka bagi menempatkan 307 mangsa dari 72 keluarga.

Di pahang, 210 mangsa kini berlindung di 7 PPS yang dibuka bermula semalam.

Sementara itu di Johor, masih terdapat 155 mangsa daripada 41 keluarga yang berada di PPS.

Di Perak pula, satu PPS masih beroperasi bagi menempatkan 34 mangsa yang terdiri daripada 11 keluarga.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *