MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan

MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan

JOHOR BAHRU – Lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Permas Jaya, di sini pada Selasa.

Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan sekitar jam 1.15 petang itu membabitkan sebuah lori, MPV, kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta.

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku disebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaan dipandunya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kenderaan JIM terbabit dinaiki enam pegawai. Lima daripada mereka mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi tidak cedera.

“Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang dua kereta termasuk lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam ketika dihubungi pada malam Selasa.

Menurut Raub, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sebelum itu, gambar mangsa dibantu sukarelawan mendapatkan rawatan awal dan keadaan kenderaan terbabit nahas tular di media sosial.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *