BERITA UTAMA
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship

SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship

LOS ANGELES – SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa, lapor Xinhua.

Starship berlepas dari kemudahan Starbase syarikat itu berhampiran Brownsville di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) kira-kira 4.01 petang waktu tengah.

Enjin Raptor Starship diaktifkan semasa pemisahan menerusi teknik “hot-staging”. Beberapa minit selepas berlepas, penggalak Super Heavy memulakan pembakaran pendaratan dan mendarat dengan terkawal di Teluk Mexico.

Starship berjaya mengaktifkan satu daripada enjin Raptornya semasa berada di angkasa buat kali pertama. Kira-kira satu jam lima minit selepas pelancaran, Starship mendarat di Lautan Hindi.

Antara objektif ujian baharu ini termasuk penggalak Super Heavy kembali ke tapak pelancaran untuk tangkapan, menghidupkan semula enjin Raptor di angkasa, serta menguji rangkaian perisai haba dan perubahan pergerakan untuk kemasukan semula dan penurunan kapal di Lautan Hindi, menurut SpaceX.

Bagaimanapun, SpaceX tidak berjaya mengembalikan penggalak ke tapak pelancaran seperti yang dirancang. Sebaliknya, SpaceX memilih untuk mendaratkan penggalak Super Heavy di Teluk Mexico. Sebabnya masih belum diketahui.

Melalui pelbagai ujian penerbangan, SpaceX berhasrat untuk memulihkan dan menggunakan semula penggalak Super Heavy dan kapal angkasa Starship dengan cepat untuk misi akan datang. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *