Bengang bunyi bising ekzos motosikal punca lelaki gaduh guna pisau

Bengang bunyi bising ekzos motosikal punca lelaki gaduh guna pisau

BENTONG – Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian pergaduhan di sebuah premis membaiki motosikal di Pekan Karak di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 52 tahun ditahan di rumahnya di Karak pada Selasa.

Menurutnya, susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu.

“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 10.01 malam daripada pekerja premis bengkel itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Siasatan mendapati, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang terganggu dengan bunyi bising ekzos motosikal ditunggang pengadu.

“Susulan itu, tercetus pertengkaran antara dua lelaki itu sebelum berlaku pergelutan,” katanya.

Zaiham berkata, suspek dipercayai cuba menyerang pengadu menggunakan sebilah pisau.

“Bagaimanapun pergelutan berjaya dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, suspek ditahan reman reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

“Semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai,” katanya.

Zaiham berkata, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian memandangkan kes masih dalam siasatan.

Terdahulu, video kejadian berdurasi tiga minit 28 saat tular selepas ia dimuat naik dan dikongsikan di laman sosial.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *