Wastech, Terra Agro bekerjasama pulihkan tanah pertanian di Indonesia

KUALA LUMPUR – Kemerosotan kesuburan tanah dan kecekapan penggunaan baja menjadi antara cabaran utama sektor pertanian, sekali gus mendorong Wastech Group Sdn Bhd meneroka kaedah bersepadu bagi meningkatkan produktiviti tanaman menerusi kerjasama strategik di Indonesia.

Penyedia rumusan teknologi pertanian (agritech), baja khusus dan kejuruteraan air itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat bioteknologi Indonesia, PT Terra Agro Persada, bagi mempromosikan usaha pemulihan tanah serta amalan pertanian lestari di negara jiran berkenaan.

Kerjasama melalui anak syarikatnya di Indonesia, PT Wastek itu menggabungkan teknologi pemulihan tanah biologi Terra Agro dengan baja pelepasan terkawal Multigreen® (CRF) keluaran Wastech bagi meningkatkan kesihatan tanah dan kecekapan penggunaan nutrien oleh tanaman.

“Terra Agro menggunakan teknologi berasaskan mikroorganisma yang bermanfaat untuk memulihkan keseimbangan biologi dan kimia tanah, manakala Multigreen® CRF membekalkan nutrien secara berperingkat dalam tempoh ditetapkan bagi mengoptimumkan penyerapan oleh tanaman,” jelasnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Gabungan kedua-dua teknologi berkenaan tambah kumpulan tersebut, dijangka membantu pekebun bagi mewujudkan persekitaran pertumbuhan lebih baik, menggalakkan perkembangan tanaman yang sihat, meningkatkan potensi hasil serta mengurangkan pembaziran sumber dalam aktiviti pertanian.

Ujarnya, Terra Agro merupakan syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Indonesia dan mengkhusus dalam pemprosesan sisa organik menjadi perapi tanah semula jadi yang mengandungi Organisma Berasaskan Tujuan (PDO), menerusi rangkaian produk Siri Terra bagi memulihkan kesuburan tanah.

Pengarah Eksekutif Wastech, Nicholas Hii berkata, kepakaran Terra Agro dalam aktiviti pemulihan keseimbangan biologi dan kimia tanah melengkapi teknologi baja pelepasan terkawal Multigreen® untuk menyediakan rumusan secara lebih menyeluruh kepada petani dan pengusaha ladang sendiri.

“Pendekatan baharu tersebut bukan sahaja membantmeningkatkan prestasi tanaman, malah mengoptimumkan penggunaan baja serta menyokong kelestarian sektor pertanian dalam jangka panjang”jelas beliau.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada peringkat awal ujarnya, kerjasama berkenaan bakal memberi tumpuan khusus kepada pasaran Indonesia, dengan PT Wastek bertanggungjawab mengedarkan produk rumusan pemulihan tanah dan pertanian biologi Terra Agro terus kepada ramai pelanggan di negara berkenaan.

Kerjasama itu jelas Nicholas, melengkapi strategi Wastech untuk menawarkan rumusan pertanian secara bersepadu yang merangkumi baja khusus, khidmat agronomi, sistem pengairan, pengurusan air dan teknologi pertanian pintar bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi ladang.

Dalam pada itu tambah beliau, Wastech turut menilai potensi membawa rumusan Terra Agro ke Malaysia, tertakluk kepada keperluan kawal selia dan kelulusan import berkaitan, sekali gus membuka ruang perluasan kerjasama ke pasaran domestik.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *