Cropmate beli tanah RM12 juta di Bintulu, rancang kilang baja baharu

KUALA LUMPUR – Cropmate Berhad merancang membina sebuah kilang baja baharu di Bintulu, Sarawak menerusi cadangan pengambilalihan tanah perindustrian seluas 1.6 hektar (4 ekar) bernilai RM12 juta bagi mengembangkan operasinya di Malaysia Timur.

Cropmate berkata cadangan itu dilaksanakan menerusi anak syarikat milik tidak langsung milik penuhnya, Cropmate Fertilizer Bintulu Sdn Bhd (CFBSB) yang memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Dominant Potential Sdn Bhd bagi pengambilalihan tanah berkenaan.

Tanah kosong perindustrian itu terletak di Lot 3379, Blok 20, Daerah Tanah Kemena, Kawasan Perindustrian Kidurong Fasa II (KINDA II), Bintulu, Sarawak.

Cropmate berkata, tanah berkenaan akan digunakan sebagai tapak kilang bagi menjalankan aktiviti formulasi dan pengadunan baja konvensional serta baja khusus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Cadangan pengambilalihan berkenaan selaras dengan inisiatif pengembangan strategik kumpulan untuk meningkatkan kehadiran perniagaan di Malaysia Timur.

“Lokasi tanah yang berhampiran Pelabuhan Bintulu juga memberikan kelebihan logistik, khususnya dalam mengurangkan kos pengangkutan dan pengedaran bahan mentah serta produk siap.

“Penubuhan kilang itu dijangka membolehkan kumpulan

meningkatkan kecekapan bekalan, memendekkan tempoh penghantaran serta menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di seluruh Malaysia Timur,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Cropmate berkata, nilai pembelian RM12 juta itu ditentukan berdasarkan rundingan antara pembeli dan penjual secara sukarela, dengan mengambil kira nilai pasaran tanah berkenaan serta rasional dan manfaat cadangan pengambilalihan.

Penilaian bebas oleh Henry Butcher Malaysia (Miri) Sdn Bhd pada 16 Julai 2026 menetapkan nilai pasaran tanah itu sebanyak RM12 juta.

Tanah berkenaan mempunyai tempoh pajakan selama 60 tahun bermula 27 November 2018 dan akan tamat pada 26 November 2078.

Pembayaran keseluruhan RM12 juta akan dibuat secara tunai, merangkumi deposit RM3.6 juta ketika perjanjian jual beli ditandatangani dan baki RM8.4 juta dalam tempoh enam bulan selepas syarat terdahulu perjanjian dipenuhi.

Cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi gabungan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank, manakala pecahan khusus sumber pembiayaan masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, penyempurnaan transaksi itu tertakluk kepada kelulusan bertulis Pengarah Tanah dan Ukur Sarawak bagi membolehkan pemindahan hak milik tanah kepada CFBSB.

Permohonan mendapatkan kelulusan berkenaan akan dikemukakan dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman, manakala penjual bertanggungjawab mendapatkan persetujuan tersebut dalam tempoh enam bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani.

Cropmate menjangkakan cadangan pengambilalihan itu dapat diselesaikan menjelang suku ketiga 2028, sekiranya tiada keadaan tidak dijangka.

Dari segi kewangan, transaksi itu tidak dijangka memberi kesan material serta-merta terhadap aset bersih, aset bersih sesaham, keuntungan dan perolehan sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

Bagaimanapun, manfaat daripada pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan perolehan sesaham kumpulan pada masa hadapan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *