MELAKA – Kunjungan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh ke kediaman sebuah keluarga masyarakat India yang menyaksikan beliau menyuapkan makanan kepada seorang wanita dikenali sebagai Amma, didakwa menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pihak yang mengkritiknya.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal menyindir pihak terbabit yang didakwa tidak senang melihat kemesraannya bersama wanita berkenaan ketika berkunjung ke rumah keluarga itu.
Beliau berkata, kunjungan dan hubungan baik dengan Amma serta keluarganya bukan perkara baharu, malah sudah terjalin sejak sebelum beliau menjadi wakil rakyat.
Menurutnya, kunjungan itu juga bukan hanya dilakukan ketika sambutan Deepavali, sebaliknya beliau turut meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan pada waktu lain.
“Untuk makluman mereka yang kepanasan, ini bukan kali pertama saya makan dengan Amma. Boleh tengok bukti video di Facebook sebelum ini lagi,” katanya.
Akmal turut menjelaskan, beliau pernah melakukan perkara sama ketika berkunjung ke tempat lain, termasuk menikmati cekodok dan rojak bersama masyarakat setempat, namun tindakan itu juga sebelum ini mengundang kritikan.
Beliau mencabar penduduk Merlimau berkongsi pengalaman mereka mengenai hubungannya dengan keluarga berkenaan bagi menjelaskan sama ada kunjungan itu hanya berlaku menjelang pilihan raya atau sudah menjadi amalan sejak sekian lama.
Dalam nada menyindir, Akmal turut mengingatkan pihak yang mengkritiknya supaya tidak menghalang usaha seseorang melakukan kebaikan hanya kerana perbezaan politik.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Kalau kita tidak mampu buat kebaikan, jangan halang orang berbuat kebaikan. Panas tidak mengapa, tapi jangan koyak,” katanya.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
