Empat premis perniagaan musnah terbakar

BALING – Deretan empat rumah kedai di Jalan Batu 5, Pekan Parit Panjang di sini, musnah dalam kebakaran besar malam tadi, menyebabkan beberapa premis perniagaan termasuk kedai makan, kedai kuih bahulu dan dua kedai perabot terpakai hangus.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, seorang pemilik kedai perabot terpakai yang berada dalam premis ketika kebakaran tercetus sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Anak pemilik kedai berkenaan berkata, bapanya mula menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi percikan api dari kedai makan yang terletak bersebelahan premisnya.

Menyedari keadaan berbahaya, bapanya segera bergegas keluar dan berlari ke masjid berhampiran bagi menyelamatkan diri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Saksi kejadian berkata, dia yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Alor Setar kira-kira jam 8 malam terkejut apabila melihat api sedang marak membakar deretan rumah kedai itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.48 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi memadam kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak.

“Premis pertama musnah sepenuhnya, manakala kedai kedua mengalami kemusnahan 80 peratus, sementara kedai ketiga dan keempat masing-masing musnah 60 dan 50 peratus,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Sik serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani dan Kuala Pegang.

Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 12.20 tengah malam.

Zulkhairi berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *