BERITA UTAMA
Jabatan Peguam Negara batal kutipan kenang jasa Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara batal kutipan kenang jasa Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini meminta hasrat jabatan itu untuk membuat kutipan bagi menghargai jasa Peguam Negara tidak diteruskan.

Kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi AGC menyatakan, ia tidak diteruskan meskipun tujuan kutipan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu murni.

Sebuah portal hari ini melaporkan, terdapat satu mesej yang tersebar di WhatsApp meminta kutipan dilakukan untuk tujuan pembelian hadiah penghargaan kepada Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman netizen apabila kutipan itu ditetapkan jumlah tertentu mengikut pangkat pegawai kerajaan antaranya RM500 bagi pegawai bergred Turus, RM400 (Jusa A), RM300 (Jusa B), RM200 (Jusa C), RM30 (L44) dan RM20 (L41).

Menerusi tangkap layar atau ‘screenshot’ yang disiarkan oleh portal itu menunjukkan juga, kutipan dari setiap negeri itu juga akan diuruskan oleh seorang Pengarah Pendakwa Raya bergelar Datin dan tarikh akhir penyerahan sumbangan itu adalah pada esok.

Portal itu turut menyiarkan reaksi daripada netizen yang ratanya terkejut dengan kutipan terbabit.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *