Kereta jatuh tebing akibat tanah runtuh di Pandan Indah

Kereta jatuh tebing akibat tanah runtuh di Pandan Indah

AMPANG JAYA – Sebuah kereta terjatuh ke dalam tebing selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 4.35 pagi.

Menurutnya, polis, bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian merupakan parkir awam bersebelahan sebuah longkang besar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang di parkir terjatuh ke dalam runtuhan tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit.

Sebelum ini hujan lebat berterusan pada 15 Oktober lalu menyebabkan tanah runtuh di sepanjang Jalan E6 di Taman Melawati.

Susulan kejadian itu, penghuni 20 rumah diarah berpindah. Kawasan itu antara 114 kawasan panas tanah runtuh di Ampang Jaya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *