PETALING JAYA – Polis sudah mengambil keterangan 16 individu bagi membantu siasatan dakwaan seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dibuli seniornya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata laporan perubatan mangsa belum siap.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa diminta menggosok baju seniornya sebelum ditekap seterika dalam kejadian 11.45 malam 22 Okt lalu di bilik asrama UPNM.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan mangsa berusia 20 tahun pada 8.23 malam Jumaat lalu.
Semalam, Rusdi dilaporkan berkata, polis merakam percakapan senior terbabit di IPD Cheras pagi semalam dan saksi yang juga rakan sebilik suspek dipanggil pada sebelah petang.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252