BERITA UTAMA
Kelantan akan bincang syarat sedia ada buka pawagam

Kelantan akan bincang syarat sedia ada buka pawagam

PETALING JAYA – Kerajaan Kelantan akan membincangkan syarat membuka pawagam di negeri itu susulan permohonan beberapa syarikat.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Asri Mat Daud, berkata kerajaan negeri sudah menyenaraikan syarat sepatutnya dan ia akan diperhalusi sebelum memutuskan permohonan berkenaan.

“Ada syarat ketat dikenakan dan pimpinan dahulu sudah sebut pembukaan pawagam dibenarkan, jika memenuhi syarat itu,” katanya menurut Sinar Harian pada Ijtimak Tarbawi 10.0 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Kota Bharu.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini selepas mesyuarat kerajaan negeri.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Kelantan tidak pernah melarang pembukaan pawagam, tetapi pengendali perlu mematuhi syarat agak ketat, termasuk mengelak penyaringan dalam persekitaran gelap untuk mengelakkan unsur tidak diingini.

Pihak berminat membuka pawagam di Kelantan perlu mematuhi waktu solat, terutama Maghrib dan Isyak kerana jarak masa singkat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *