BERITA UTAMA
Serangan dron Hizbullah tragedi terburuk Israel

Serangan dron Hizbullah tragedi terburuk Israel

SEMALAM, tentera Hizbullah melancarkan serangan dron berkumpulan yang menyasarkan kem latihan Infantri Pertama Briged Golani, briged tentera elit regim Israel di Binyamina, utara Haifa.

Serangan itu mengakibatkan tujuh tentera regim Israel mati dengan lebih 100 yang lain dilaporkan cedera.

Bagaimanapun, jumlah kematian dan cedera dipercayai lebih besar berikutan tentera Israel mengenakan sekatan ke atas maklumat ketenteraan. Media negara haram Israel menyifatkan ia adalah tragedi terburuk sejak 7 Oktober tahun lalu.

Akhbar negara haram Israel, Maariv melaporkan peningkatan mendadak pendatang haram yahudi meninggalkan negara haram itu bermula awal tahun ini, tiga kali ganda sebelum bermulanya “Taufan Al-Aqsa”.

Tujuh bulan pertama tahun ini, seramai 40,000 pendatang meninggalkan negara haram Israel dengan lebih sejuta lagi memohon pasport negara asing sebagai persediaan jika perang bertambah buruk.

Tentera regim Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang ngeri semalam, apabila melancarkan serangan udara ke atas puluhan khemah penempatan sementara warga Palestin di Al-Aqsa Martyrs Hospital di Deir Al-Balah.

Akibatnya lebih 30 khemah hangus terbakar dan puluhan warga Palestin terkorban majoritinya terbakar hidup-hidup dengan puluhan lagi dilaporkan cedera.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan, seramai 2,306 warga Lubnan telah terkorban dengan lebih 10,698 lagi dilaporkan cedera sejak bermulanya serangan ke atas Lubnan pada 8 Oktober tahun lalu.

Sejak bermulanya serangan ganas tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza sehingga ke hari ini, angka korban warga Palestin terus meningkat kepada 42,227 orang dengan lebih kurang 98,464 lagi dilaporkan cedera.

Amerika Syarikat telah menghantar sistem pertahanan udara THAAD (Terminal High Altitude Area Defence) yang mampu menangkis serangan peluru berpandu balistik ke negara haram Israel termasuk lebih 100 anggota tenteranya yang mengoperasikan sistem pertahanan udara tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi serangan balas Iran jika tentera regim Israel bertindak menyerang Iran.

Benjamin Netanyahu menggesa Setiausaha Agung PBB mengundurkan tentera pengaman PBB (UNIFIL) dari pos kawalan mereka di selatan Lubnan bagi memudahkan tentera regim Israel menyerang kedudukan tentera Hizbullah di selatan Lubnan.

Kelmarin tentera regim Israel menerima kecaman dunia kerana telah menyerang kedudukan UNIFIL di pos kawalan mereka di selatan Lubnan yang mengakibatkan beberapa anggota UNIFIL dilaporkan cedera.

Semalam, lebih kurang lima tentera regim Israel mati dengan lebih 30 yang lain dilaporkan cedera apabila berhadapan dengan tentera Hizbullah di selatan Lubnan.

Sehingga hari ini, tentera regim Israel tidak mampu menembusi benteng pertahanan Hizbullah di selatan Lubnan dan hanya mampu menyebarkan propaganda palsu yang mereka telah mara di selatan Lubnan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *