BERITA UTAMA
MClean umum cadangan strategik korporat untuk perkukuhkan syarikat

MClean umum cadangan strategik korporat untuk perkukuhkan syarikat 

KUALA LUMPUR – MClean Technologies Berhad (MClean) mengumumkan cadangan strategik korporat yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mempelbagaikan aliran hasil dan memacu pertumbuhan syarikat.

Penyedia penyelesaian pembersihan dan rawatan permukaan yang mantap itu mengumumkan cadangan termasuk penempatan persendirian sebanyak 25 peratus pemerolehan ke atas perniagaan suntikan acuan plastik dan cadangan pengurangan modal saham.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Mclean, Datuk Dr. Terence Tea Yeok Kian berkata, pihaknya teruja untuk mengumumkan cadangan strategik korporat ini, yang menandakan detik penting untuk MClean.

“Pemerolehan perniagaan suntikan acuan plastik memberikan nilai yang hebat untuk Kumpulan MClean dan memberi kami peluang sangat baik untuk mengembangkan penawaran produk dan perkhidmatan kami serta mempelbagaikan aliran pendapatan.

“Penyelesaian pengambilalihan ini mewakili peluang sangat menggalakkan, meletakkannya sebagai pelaburan strategik kukuh yang akan memacu pertumbuhan masa depan kami.

“Penempatan persendirian dan pengurangan modal saham akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan, membolehkan kami menumpukan pada keuntungan jangka panjang dan pertumbuhan yang mampan. Kami yakin inisiatif ini akan mewujudkan nilai yang signifikan untuk para pemegang saham kami,” katanya di sini hari ini.

Mendahului cadangan strategik korporat tersebut ialah cadangan pengambilalihan perniagaan suntikan acuan plastik oleh MClean daripada We Total Engineering Sdn. Bhd. (We Total), diperoleh pada Nilai Buku Bersih (NBV) sebanyak RM6.04 juta.

Ia mewakili langkah strategik MClean untuk meningkatkan aliran pendapatan, mempelbagaikan penawaran perkhidmatan sambil mendapat akses kepada pangkalan pelanggan We Total yang mantap dalam industri utama seperti elektrik dan elektronik (E&E), automotif, minyak dan gas dan peranti perubatan.

MClean juga merancang untuk menerbitkan sehingga 49.3 juta saham baharu melalui penempatan persendirian kepada bakal pelabur, mewakili 25 peratue daripada modal saham terbitannya.

Bagi memudahkan potensi sokongan daripada pemegang saham utamanya, Accrelist Crowdfunding Pte. Ltd., MClean juga sedang mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk memperuntukkan sehingga 25 juta saham penempatan ini kepadanya.

Penempatan persendirian itu dijangka mengumpul sehingga RM12.3 juta, yang akan digunakan terutamanya untuk membiayai pemerolehan dan menyokong keperluan modal kerja syarikat untuk perniagaan suntikan acuan plastik.

Akhir sekali, syarikat juga telah mencadangkan pengurangan modal saham sebanyak RM35 juta, yang akan membolehkan MClean dan kumpulan merasionalkan kedudukan kewangan dengan menghapuskan kerugian terkumpul. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *