DUBAI – Sekurang-kurangnya sembilan pejuang pro-kerajaan terbunuh di sebuah berek di selatan Yaman, selepas serangan bom yang berlaku hari ini yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda, menurut dua pegawai tentera.
Menurut jurucakap Majlis Peralihan Selatan (STC), Mohammed al-Naqib, sebuah kenderaan sarat bahan letupan menyasarkan tapak STC, kumpulan pemisah yang bersekutu dengan kerajaan.
“Serangan di wilayah Abyan membunuh sekurang-kurangnya sembilan pejuang dan mencederakan 13 yang lain.
“Jumlah korban dijangka meningkat berikutan tahap kecederaan yang teruk,” katanya.
Sementara itu, pegawai tentera kedua mengesahkan serangan di daerah Mudiyah dengan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh.
Al-Qaeda dalam satu kenyataan berkata, seorang pengebom meletupkan bahan letupan buatan di pos tentera, menurut kumpulan risikan SITE yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Yaman adalah sarang bagi kumpulan pemberontak seperti Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), yang dianggap oleh AS sebagai cabang kumpulan pelampau Sunni yang paling berbahaya.
AQAP kerap menyerang kedua-dua pasukan keselamatan Yaman dan sasaran Barat.
Ia mendakwa banyak serangan berprofil tinggi di AS dan Eropah termasuk serangan 2015 terhadap majalah Charlie Hebdo di ibu negara Perancis yang mengorbankan 12 orang, walaupun semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada Mac lalu, AQAP mengumumkan bahawa Saad al-Awlaki, seorang warga Yaman yang dikehendaki oleh AS, memegang tampuk pimpinan organisasi itu selepas kematian bekas ketuanya, Khalid Batarfi, akibat sakit.
Berada di barisan hadapan perang menentang Al-Qaeda, konflik antara Yaman dengan pemberontak Huthi meletus pada 2014, yang mendapat sokongan Iran menyaksikan ibu kota Sanaa ditawan
Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi pada tahun berikutnya diiktiraf antarabangsa.
AQAP diwujudkan pada 2009 penggabungan Al-Qaeda Yaman dan Arab Saudi , kini semakin berkembang serta sering mdalam kekacauan perang. Tetapi ia kini hanya satu daripada banyak pergerakan bersenjata di selatan Yaman, termasuk kumpulan pemberontak dan pemisah yang dilatih Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyokong kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menentang Huthi. – AFP
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252