BERITA UTAMA
Taufan Ernesto menghampiri Bermuda

Taufan Ernesto menghampiri Bermuda

PUERTO RICO – Taufan Ernesto yang melanda Bermuda dikategorikan sebagai ribut kuat kategori kedua

berkemungkinan mEmbawa hujan berterusan pada hujung minggu yang boleh mencetuskan banjir dan ribut.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS), berkata Ernesto, berpusat kira-kira 400 kilometer barat daya wilayah pulau British pada jam 8 pagi waktu Atlantik (waktu tempatan), membawa angin berkelajuan sehingga 100 kilometer sejam (km/h).

Taufan itu juga berupaya menghasilkan gelombang ribut berbahaya serta banjir kilat yang mana taufan itu kini bergerak ke arah utara-timur laut pada 13 km/j.

Jumlah hujan di Bermuda daripada kira-kira 181 pulau kecil dengan jarak lebih 965 kilometer di luar pantai Carolina, boleh mencapai ukuran 15 hingga 30 sentimeter (cm) dan meningkat sehingga 38 cm di beberapa kawasan.

Ombak besar juga dijangka melanda pantai berpasir merah jambu di Bermuda, sebuah pusat kewangan antarabangsa yang menempatkan kira-kira 65,000 penduduk dan tarikan pelancong.

Awal minggu ini, Ernesto tiba di Puerto Rico sebagai ribut tropika, membawa hujan lebat ke wilayah Caribbean AS dan menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada kira-kira separuh daripada 1.5 juta pelanggannya.

Bencana itu menyebabkan jalan tidak dapat dilalui, talian elektrik terputus, harta benda rosak dan kira-kira 236,000 rumah serta perniagaan kekal tanpa bekalan elektrik.

Menurut rekod, kurang daripada 12 taufan mendarat terus di Bermuda sejak tahun 1850-an.

Taufan Gonzalo pada 2014 dan Fabian pada 2003 menyebabkan kerugian ratusan juta dolar akibat kerosakan dan bekalan elektrik terputus.

Taufan Fabian membunuh empat orang adalah ribut maut pertama di Bermuda sejak 1920-an.

Ernesto pula adalah ribut Atlantik kelima, yang dijangka antara yang kuat sepanjang musim taufan berlaku.

Taufan Debby yang bergerak perlahan melanda Pantai Teluk Florida sebagai taufan kategori pertama pada minggu lalu sebelum melanda beberapa bahagian Carolina dengan membawa hujan sehingga 60 cm.

Taufan Beryl, yang pertama pada musim ini adalah taufan kategori lima paling awal direkodkan di Atlantik apabila ia melanda Caribbean dan Pantai Teluk AS bulan lalu, membunuh berpuluh-puluh orang dan dianggarkan kerugian sebanyak AS$6 bilion (RM26.58 bilion) – REUTERS.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *