PUTRAJAYA – Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mula diedarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, Jabatan Penerangan (JaPen) akan menerima potret rasmi itu, manakala kementerian-kementerian dan jabatan lain boleh mendapatkannya di Kementerian Komunikasi, esok.
“Bagi orang ramai yang hendak mendapatkan potret rasmi secara percuma, boleh berhubung dengan Jabatan Penerangan Negeri dan Pegawai Penerangan Daerah masing-masing,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252