BERITA UTAMA
Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia

Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.

Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh dunia, memperoleh pingat gangsa selepas menumpaskan pemain nombor 14 dunia itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Permulaan perlawanan menyaksikan Zii Jia tumpas pada set pertama, namun berjaya bangkit selepas ketinggalan beberapa mata, untuk menewaskan Sen pada set kedua.

Bekas juara All England itu meneruskan momentum garang di set penentuan apabila menumpaskan lawannya pada set tersebut, sekali gus mengesahkan kemenangan untuk Malaysia. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *