“Kena Gari Sebab Prosedur” – pasangan Aisyah Hijanah Cerita Pengalaman Ditahan SPRM

“Kena Gari Sebab Prosedur” – pasangan Aisyah Hijanah Cerita Pengalaman Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan Alif Teega memuji sikap profesional anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika mereka ditahan untuk siasatan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di sesi live TikTok, Aisyah berkata, mereka dilayan dengan baik termasuk makan minum dan tempat tidur.

Aisyah juga kagum tindakan pantas pegawai membawa Aisyah ke klinik walaupun sakit tidak serius.

Pasangan itu sempat menjawab persoalan netizen mengenai isu digari dan dipakaikan baju lokap oren.

Katanya, itu prosedur yang perlu sesiapa sahaja hormat.

Pasangan muda itu menganggap apa yang terjadi sebagai satu pengalaman dalam hidupnya.

Katanya lagi, mungkin sebelum ini mereka berasa terlalu selesa dengan hidup.

“For this time, Allah bagi kita satu tempoh untuk kita merasai. So, Alhamdulillah itu satu pengalaman dan pengajaran untuk kami jadi orang yang lebih matang,” katanya dipetik Oh Media.

Mereka mengaku telah memberikan kerjasama yang baik dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

“Kita bantu siasatan, bagi apa dokumen mereka nak. Mereka nak keterangan, kita bagi. Semua benda yang mereka nak, kita bagi.

Kata Aisyah, tahanan reman mereka tempoh hari hanya untuk membantu siasatan bukan sudah dijatuhkan hukuman bersalah.

“Mungkin orang ingat, oh dah digari, pakai baju oren memang orang tu bersalah. Tapi tak…” katanya.

Sepanjang direman, pasangan itu berkata, mereka dilayan dengan sangat baik dan selesa. Malah, siasatan pun dibuat dalam bilik pejabat berhawa dingin.

Mereka juga, katanya, dapat menikmati hidangan yang sama seperti dimakan pegawai penyiasat. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *