Tersangkut tali layang-layang punca helikopter terhempas

Tersangkut tali layang-layang punca helikopter terhempas

BANDUNG – Dua warga Australia dan tiga rakyat Indonesia terselamat dalam insiden helikopter terhempas di Kuta Selatan dekat Badung, Bali, Indonesia, petang semalam.

Jakarta Post melaporkan nahas berlaku selepas helikopter itu tersangkut pada tali layang-layang.

Jurucakap agensi mencari dan menyelamat Denpasar, Nyoman Sidakarya berkata, helikopter itu berlepas dari Garuda Wisnu Kencana untuk meninjau sekitar Bali pada jam 2.33 petang, tetapi dilaporkan terhempas lima minit kemudian di Kampung Pecatu.

Juruterbang, anak kapal dan seorang penumpang yang semuanya warga Indonesia dan dua penumpang warga Australia cedera sebelum dan dihantar ke hospital.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Semua mangsa terselamat dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata Sidakarya.

Menurut Agensi Berita Xinhua, dua individu mengalami kecederaan serius, manakala tiga lagi cedera ringan.

Sementara itu, jurucakap Direktorat Kanan Pengangkutan Udara dan Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, kejadian itu berlaku selepas helikopter berkenaan terperangkap dalam tali layang-layang.

“Kami menerima laporan kemalangan helikopter jenis PK-WSP Bell 505 milik PT Whitesky Aviation di Kuta Selatan disebabkan tersangkut tali layang-layang,” kata Khusnu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Khusnu, kementerian akan melaksanakan kempen lebih intensif mengenai bahaya layang-layang dan pemantauan melalui penyelarasan dengan pentadbiran Bali. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *