Lelaki ditahan tampar, ugut penjaja guna pisau di Cheras

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana disyaki melakukan ugutan menggunakan pisau terhadap seorang penjaja di Jalan Tasik Selatan 21, Bandar Tasik Selatan, Cheras petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rosdi Daud berkata penahanan itu susulan kejadian membabitkan seorang lelaki dipercayai ditampar dan diugut menggunakan sebilah pisau dalam insiden perselisihan faham berkaitan aktiviti perniagaan di tepi jalan hadapan Residensi Sateri, 3 petang semalam.

Katanya, suspek warga tempatan itu ditahan di sebuah gerai menjual pisang goreng berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan selain polis turut merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan termasuk merakam percakapan mangsa dan saksi serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Terdahulu, video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *