BERITA UTAMA
Morata cedera 'dirempuh' pengawal keselamatan

Morata cedera ‘dirempuh’ pengawal keselamatan

LONDON – Kapten Sepanyol, Alvaro Morata mengalami kecederaan di lutut apabila berlaku insiden pelik selepas pengawal keselamatan tergelincir dan jatuh seterusnya terkena pemain itu selepas kejayaan mara ke final Euro 2024.

Sepanyol cemerlang awal pagi tadi ketika Lamine Yamal menyinar dalam kemenangan 2-1 mengatasi Perancis pada separuh akhir Kejohanan Eropah.

Bagaimanapun, sejurus selepas perlawanan tamat, pemain Sepanyol berkumpul meraikan kejayaan berkenaan dan seorang pengawal keselamatan dilihat tergelincir dan merempuh lutut Morata.

Penyerang Atletico Madrid itu dilihat mengalami kesakitan akibat impak itu dan kelihatan kecewa ketika meninggalkan padang.

Sepanyol berharap pemain itu akan kembali cergas bagi aksi final nanti, tetapi tetap bimbang dengan keadaan kapten mereka yang akan menjalani ujian imbasan esok. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *