BERITA UTAMA
Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi

Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis  berhubung insiden seorang pengarah syarikat pekerja asing yang mendakwa dipukul pegawai Imigresen, ketika ditahan dalam operasi penguatkuasaan jabatan itu baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan semalam memaklumkan, dalam masa sama jabatan itu sedang menunggu laporan lengkap daripada Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akan meneliti dakwaan tersebut.

“Sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau penyalahgunaan kuasa oleh pegawai terlibat, tindakan dan hukuman tegas akan diambil.

“Imigresen memandang serius kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran SOP, sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan sebuah portal berita melaporkan seorang pengarah syarikat pekerja asing yang dipercayai terlibat sebagai dalang sindiket pengemis, mendakwa dipukul oleh pegawai Imigresen semasa ditahan dalam operasi penguatkuasaan pada 25 Jun lalu. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *