Syed Husin Ali meninggal dunia

Syed Husin Ali meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memuat naik khabar duka berkenaan di akaun media sosialnya, turut memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang sejak Hari Raya Aidiladha kedua lalu.

Terdahulu, keadaan Allahyarham dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Perkara itu dikongsikan anaknya, Muhammad Ali yang memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya itu merosot secara tiba-tiba.

Semasa hayatnya, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Presiden PKR pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Presiden Parti Rakyat Malaysia dan profesor di Universiti Malaya.

Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk ‘Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara’ yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta ‘Sejarah dan Dasar Perjuangan Keadilan’.

Syed Husin juga banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya, selain merupakan antara tokoh senior yang sudah lama berjuang dalam politik tanah air.

Fahmi turut berkongsi, beliau pernah membantu kempen Allahyarham pada pilihan raya umum 2004 sewaktu beliau bertanding di kawasan Petaling Jaya Selatan. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *