KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman, mencabar keputusan Peguam Negara memberhenti prosiding kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Melalui permohonan pada 2 Disember tahun lalu, Badan Peguam yang menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid selaku responden, memohon perintah supaya keputusan Peguam Negara yang memohon supaya Timbalan Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 4 September tahun lalu, dibatalkan.
Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak permohonan berkenaan selepas mendapati permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang boleh diputuskan oleh mahkamah itu dan badan terbabit tidak memenuhi peruntukan, bagi dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman.
Pada 4 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, selepas pendakwaan memberitahu Jabatan Peguam Negara mahu menghentikan prosiding.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252