Jururawat, pengawal keselamatan cedera diserang di Sydney

Jururawat, pengawal keselamatan cedera diserang di Sydney

SYDNEY – Seorang lelaki bersenjatakan pisau ditahan selepas mencederakan tiga pengawal keselamatan dan seorang jururawat di sebuah hospital di Sydney.

Laporan Xinhua menyatakan polis menerima laporan berhubung kejadian di Westmead pada 11.30 malam waktu tempatan, semalam.

Sejurus tiba, pegawai dimaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 39 tahun telah menikam dua pengawal keselamatan lelaki, masing-masing berumur 25 dan 24 tahun, manakala seorang lagi pengawal keselamatan lelaki mengalami kecederaan di bahu.

Selain itu, seorang jururawat lelaki berusia 29 tahun turut mengalami cedera ringan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Australia, lelaki terbabit adalah pesakit hospital berkenaan dan keempat-empat kakitangan hospital cedera ketika cuba menahannya. – BERNAMA-XINHUA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *