BERITA UTAMA
Bekas jurugambar NSTP, 'Mat Sabu' meninggal dunia

Bekas jurugambar NSTP, ‘Mat Sabu’ meninggal dunia

PUTRAJAYA – Bekas jurugambar New Straits Times Press (NSTP), Ahmad Irham Mohd Noor, 44, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu meninggal dunia pagi ini di Hospital Putrajaya.

Berita sedih itu dikongsi isterinya Azlimi Ayub@Abdullah ,43, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi hari ini.

Khamis lalu Allahyarham dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital (ICU) Putrajaya oleh ahli keluarganya selepas dilaporkan jatuh sakit mendadak.

Selepas menerima rawatan, pihak hospital memaklumkan Allahyarham mendapat jangkitan kuman dalam darah.

Pada Ahad lalu, Ahmad Irham menjalani pembedahan pemotongan kedua belah kaki selepas dipercayai kuman sudah merebak.

Allahyarham yang menyertai Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada Mac 2020 selepas pihak syarikat mengecilkan saiz pekerja menceburi bidang usahawan tani penanaman cili dan timun di Dengkil, Selangor.

Ahmad Irham dilaporkan kritikal sejak malam semalam dan ahli keluarga serta rakan diberikan peluang oleh pihak hospital untuk menziarahi Allahyarham sehingga jam 12.30 tengah malam semalam.

Allahyarham meninggalkan dua anak, Aiman Irfan, 18, dan Adam Irsyad, 14.

Jenazah dijangka dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 jam 11.30 pagi ini. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

10.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *