Mohd Azizi Abu Naim

Mohd Azizi masih ADUN Nenggiri sah – Mohd Amar

KOTA BHARU – Status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim hanya diketuai sekiranya Speaker DUN Kelantan menerima surat pengesahan daripada parti Bersatu. 

Tanda tanya status itu timbul apabila beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang tidak menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Sebelum ini, lima lagi Ahli Parlimen dan seorang ADUN dari parti bersatu iaitu ADUN Selat Klang dikenakan tindakan gugur keahlian serta merta selepas gagal menjawab surat arahan itu.

Namun, sama ada Mohd Azizi termasuk dalam senarai hilang kelayakan sebagai wakil rakyat itu akan ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pihaknya masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status ADUN Nenggiri itu.

“Setakat ini kita masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Mohd Azizi, dan selagi belum ada keputusan daripada pimpinan partinya, dia masih kekal sebagai ADUN.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sambil menjelaskan ia diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Katanya, Bersatu akan sekali lagi membawa keputusan berkaitan kedudukan wakil rakyatnya itu kepada pengetahuan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *