JEDDAH – Juara Liga Pro Saudi, Al-Hilal menewaskan Al-Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo, 5-4 dalam penentuan penalti untuk memenangi Piala Saudi dan kejuaraan domestik berganda.
Peledak Al-Hilal, Aleksandar Mitrovic dan Ronaldo menyempurnakan sepakan masing-masing, tetapi penjaga gol, Yassine Bounou menjadi wira apabila menyelamatkan dua sepakan terakhir Al-Nassr.
Kedua-dua pasukan, yang mendominasi Liga Saudi sebelum skuad kendalian Jorge Jesus memenangi gelaran berkenaan buat kali ke-19, terikat 1-1 selepas 90 minit dan tiada gol dijaringkan dalam masa tambahan.
Mitrovic meletakkan Al-Hilal di depan pada minit ketujuh apabila dia menanduk hantaran lintang Malcom di King Abdullah Sports City.
Al-Nassr terpaksa bermain 10 pemain selepas penjaga gol, David Ospina menggunakan tangan untuk menghalang Malcom melepasinya di luar kotak penalti pada minit ke-56.
Pengendali Al-Nassr, Luis Castro menggantikan penyerang, Sadio Mane dengan penjaga gol, Walid Abdullah.
Di akhir babak kedua, pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi mengutip kad kuning keduanya dan selepas dia dibuang padang, Ayman Yahya menjaringkan gol penyamaan.
Al-Hilal hilang seorang lagi pemain apabila pertahanannya, Kalidou Koulibaly dilayangkan kad kuning kedua, tetapi masih berjaya mengekalkan kedudukan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Ronaldo belum memenangi sebarang gelaran bersama kelab Arab Saudi itu pada Januari tahun lalu. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
