BERITA UTAMA
Tarik lesen, batal syarikat jika naik tambang bas – Anwar

Pihak bertanggungjawab perlu telus beri projek – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Astro melaporkan, beliau mengulas sekiranya ada laporan, pihak bertanggungjawab perlu bersikap telus dalam proses siasatan.

“Yang itu kita serah kepada autoriti (pihak berkuasa). Kalau ada laporan, it should be transparent in their investigations.

“Kalau ada laporan, ada siasatan dan patut ada penjelasan. Apa prosesnya? Patut dianggap kes biasa yang patut disiasat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Global Forum Islamic Economic & Finance (GFIEF) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC hari ini.

Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd., adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility ialah suami Hannah, Ramachandran Muniandy.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *