Menantu Muhyiddin tak hubungi SPRM untuk serah diri - Azam Baki

‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ – Azam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tender itu diberikan oleh satu entiti lain yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tugas dan tanggungjawab menteri berkenaan, lapor Sinar Harian.

“Tugas Hannah Yeoh adalah sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak ada kaitan dengan Kerajaan Selangor.

“Saya nampak tidak ada kaitan Kerajaan Selangor dengan Kementerian Belia dan Sukan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Buat masa ini saya tidak nampak ada sebarang kesalahan,” katanya ketika sidang media Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin.

Pada Jumaat, Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata, Asia Mobility dan Badan Bas Coach telah dipilih menjalankan sistem pengangkutan awam bagi batuan pertama dan terakhir di negeri itu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pembentangan kepada jawatankuasa pengangkutan negeri dan berdasarkan pengalaman mereka melaksanakan konsep tersebut. – ND

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *