BERITA UTAMA

Pecah rekod Asia, Hannah Yeoh ucap tahniah kepada Ziyad

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muhammad Ziyad Zolkefli yang menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun. 

Lebih manis, Hannah berkata, Muhammad Ziyad turut memecahkan rekod Asia miliknya sendiri pada 2017 dalam kejohanan kali ini.

Hannah juga menzahirkan harapan agar Muhammad Ziyad meneruskan momentum itu ke Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak lama lagi.

“Syabas dan tahniah kepada atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang berjaya merangkul juara dunia.

“Beliau bukan sahaja merangkul juara dunia, malahan beliau berjaya memecahkan rekod Asia miliknya sendiri pada 2017. 

“Teruskan momentum ini ke Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti,” katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad dinobatkan selaku juara dunia buat kali ketiga dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, semalam.

Beliau menyempurnakan lontaran sejauh 17.43 meter (m) untuknya memenangi pingat emas pada pertandingan yang diadakan di Stadium Kobe Universiade Memorial.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *