BERITA UTAMA

MPP UiTM mohon maaf kempen #MahasiswaUiTMBantah

KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf secara terbuka berikutan kempen #MahasiswaUiTMBantah pada 14 hingga 16 Mei lalu.

MPP UiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkam, pihaknya mengakui kenyataan pada 14 Mei lalu mengelirukan memandangkan tiada aspek kronologi kes sebenar diterangkan.

Jelasnya, perkara itu diburukkan lagi apabila MPP UiTM tidak menjelaskan dengan sebaiknya interpretasi Perkara 153 sehingga menimbulkan salah faham umum.

“Perkara ini di luar jangkaan dan kami menerimanya sebagai pengajaran dalam mengolah pemakluman penuh melalui kenyataan yang lebih jelas. 

“Sebagai wakil pelajar, kami turut mengambil maklum sangat penting untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan hubungan bersama mahasiswa walaupun melalui medium maya. 

“Kami juga ambil maklum berkenaan isu 3R (agama, bangsa dan raja) yang sensitif tidak patut ditimbulkan,” jelas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, MMP UiTM turut mengakui keharmonian hubungan mahasiswa telah terganggu kerana kaedah penyampaian yang kurang jelas dan tidak sejajar dengan niat asal pelaksanaan kempen tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan, MPP UiTM turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung ataupun tidak. 

“Pandangan dan maklum balas yang diterima sangat penting bagi kami dalam menjernihkan isu ini dengan baik,” kata MPP UiTM.

Pada 14 Mei lalu, kira-kira 100 penuntut UiTM mengadakan protes terhadap idea membuka sementara pintu institusi pengajian tinggi (IPT) itu kepada tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *