Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 24 April lalu.

Difahamkan, kali terakhir remaja dikenali sebagai Safiea Dania Muhamad Zakri ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, laporan polis berhubung kehilangan remaja itu dibuat oleh ibunya pada 26 April.

Tambahnya, alamat terakhirnya di Lot 60630 Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, di sini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dia keluar dari rumah pada 24 April sekitar 6.45 petang untuk keluar bekerja bersama-sama abang kandungnya.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan kenderaan yang mereka naiki rosak dan abangnya meminta Safiea Dania untuk guna khidmat e-hailing ke tempat kerja.

“Itu merupakan kali terakhir dia ditemui, dan ketika itu dia memang tidak membawa sebarang beg pakaian,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Abang Zainal Abidin berkata, orang hilang itu memakai baju lengan panjang warna ungu dan seluar serta bertudung hitam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jika tidak memakai tudung, rambutnya panjang paras dada berwarna ungu.

Selain itu, tingginya kira-kira 159cm dan berat 56kg serta berkulit cerah.

“Kepada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Anis Safira Roslan di talian 018-7865440.

“Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500, atau tampil di balai polis berhampiran,” katanya lagi. – Astro Awani

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *