Tajuk Utama

    Malaysia-Kazakhstan sepakat teroka peluang kerjasama baharu – PM

    KUALA LUMPUR – Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk meneroka peluang kerjasama baharu, sekali gus terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan empat mata dengan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda).

    Dalam pertemuan sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke negara itu, Anwar berkata, mereka turut membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

    “Saya dan delegasi Malaysia menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Presiden Tokayev di Istana Presiden (Akorda).

    “Saya dan Presiden Tokayev mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

    “Kami berdua kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal.

    “Kedua-dua negara juga sepakat untuk terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

    Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga turut diraikan dalam majlis makan malam selain dibawa melawat kawasan sekitar Istana oleh Presiden Tokayev. – BH

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *