Samaiden lakar prestasi baharu pada TK2026, untung bersih melonjak 94.3 peratus

KUALA LUMPUR – Samaiden Group Berhad (Samaiden), mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku berakhir 30 Jun 2026 (Q4 TK2026) dengan merekodkan pendapatan sebanyak RM105.7 juta mewakili peningkatan sebanyak 55.8 peratus daripada RM67.9 juta pada suku sebelumnya.

Pendapatan lebih tinggi ini disumbang oleh kemajuan pembinaan yang dipercepatkan pada beberapa projek Solar 5 Berskala Besar (LSS5), yang maju daripada penyediaan tapak awal pada suku sebelumnya kepada kerja-kerja pembinaan utama semasa suku semasa.

Manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) pada Q4 meningkat sebanyak 72.3 peratus kepada RM21.2 juta, berbanding RM12.3 juta pada suku sebelumnya.

Selaras dengan prestasi yang lebih kukuh, keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 62.1 peratus kepada RM14.8 juta, daripada RM9.1 juta sebelumnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Peningkatan keuntungan disumbangkan terutamanya oleh margin yang lebih baik daripada projek baharu dimulakan, berserta rantaian bekalan dan pengurusan kos yang lebih baik.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, Samaiden mencatatkan hasil sebanyak RM364.5 juta, PBT meningkat sebanyak 101.4 peratus kepada RM53.5 juta, manakala PAT meningkat 94.3 peratus kepada RM39.0 juta. 

Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Samaiden telah mengisytiharkan dan meluluskan dividen interim satu peringkat kedua sebanyak 1 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, mencerminkan komitmen Kumpulan untuk memberikan nilai kepada para pemegang sahamnya sambil mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh.

Tarikh kelayakan dan pembayaran adalah pada 21 September 2026 dan 7 Oktober 2026.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata, pihaknya menutup TK2026 dengan suku keempat yang kukuh, disokong oleh kemajuan berterusan projek dan peningkatan keuntungan yang ketara untuk tahun ini.

“Ini memberi kami momentum yang baik memasuki TK2027, pada masa pasaran tenaga boleh diperbaharui Malaysia membuka gelombang peluang baharu,” katanya.

Setakat 30 Jun 2026, buku pesanan Kumpulan berjumlah RM435.8 juta, menyediakan asas yang kukuh untuk pengiktirafan pendapatan dalam tempoh kewangan akan datang.

Selain projek yang dijamin, Samaiden sedang giat meneruskan saluran paip yang pelbagai merangkumi projek solar berskala utiliti, BESS, CRESS, solar atas bumbung dan projek tenaga boleh diperbaharui yang lain, dengan beberapa projek besar pada peringkat lanjutan dan pembidaan aktif di bawah LSS6.

Ini meletakkan Kumpulan dalam kedudukan untuk terus menambah nilai buku pesanannya apabila projek sedia ada berjalan lancar, di samping meluaskan asas pendapatannya dari semasa ke semasa.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *