BERITA UTAMA

Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151

SAO PAULO – Seramai 151 orang terkorban setakat ini akibat bencana alam terburuk pernah melanda selatan Brazil manakala 104 lagi masih hilang, menurut Agensi Pertahanan Awam pada Khamis.

Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang apabila 458 daripada 497 bandar di negeri Rio Grande do Sul mengalami banjir teruk, termasuk ibu kota Porto Alegre, lapor Xinhua.

Menurut laporan terkini Agensi Pertahanan Awam, lebih 2.28 juta penduduk telah terjejas secara langsung oleh bencana itu di negeri yang bersempadan dengan Argentina dan Uruguay dan merupakan pusat perniagaan hasil pertanian Brazil serta pengeluar beras terbesar di Amerika Latin.

Hujan lebat yang bermula pada 29 April mencetuskan banjir dan gelongsoran lumpur mengakibatkan kira-kira 600,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *