Guru rugi lebih RM700,000 ditipu ‘polis’ palsu

BATU PAHAT – Seorang guru sekolah menengah di daerah ini kerugian sebanyak RM748,326.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai “pegawai polis Bukit Aman”.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, wanita berusia 54 tahun itu menerima panggilan pada akhir Ogos lalu daripada individu tidak dikenali mengaku dari sebuah hospital di Rawang.

Katanya, menerusi perbualan telefon itu, mangsa dimaklumkan ada pihak ketiga menggunakan namanya untuk tuntutan insuran sebelum talian disambungkan ke pegawai polis terbabit.

“Suspek memberitahu akan membantu mangsa membuat laporan polis secara dalam talian, selain meminta mangsa menyerahkan kad ATM miliknya untuk siasatan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kerana ketakutan mangsa menuruti setiap arahan suspek termasuk meletak dan meninggalkan kad ATM tersebut di sebuah gerai nasi lemak bersebelahan rumahnya pada 3 September lalu,” katanya.

Menurut Shahrulanuar, pada minggu lalu mangsa telah membuat semakan terhadap akaun bank miliknya dan mendapati beberapa transaksi pindahan wang kepada penama tidak dikenali berjumlah RM673,326.50.

“Mangsa juga telah memasukkan wang ke tiga akaun bank yang berbeza secara berperingkat menggunakan mesin ATM dan CDM berjumlah RM75,000 pada 4 November sebelum menceritakan kejadian itu kepada kakaknya Ahad 15 November dan hanya menyedari dirinya ditipu setelah dimaklumkan kakaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *