BERITA UTAMA

Cikgu Hashim pencipta lagu Kami Guru Malaysia

SETIAP tahun, apabila tiba tarikh 16 Mei, puluhan juta rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru kepada mantan dan guru masing-masing sebagai tanda ingatan insan yang menjadi lilin untuk memberikan ilmu kepada kita.

Sebagai tanda menghargai dan peringatan, timbul dalam minda seorang bekas pelajar untuk mencipta lirik dan lagu supaya didendangkan setiap kali menyambut Hari Guru.

Dengan itu, berkumandanglah lagu, Kami Guru Malaysia yang dinyanyikan dengan jiwa dan semangat patriotik, sehingga menjadi siulan dan hafalan di bibir setiap kita yang bergelar anak murid.

Tetapi, tahukah anda, siapakah pencipta lagu Kami Guru Malaysia? Ia diciptakan dari jiwa seorang anak seni yang bernama Hashim Ahmad.

Hashim (Allahyarham) dilahirkan di Tanjung Tokong, Pulau Pinang merupakan bekas penuntut Penang Free School dan seorang insan bergelar guru.

Arwah mengajar di sebuah sekolah di Kedah dan lagu ciptaannya itu telah dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu dan Lirik Guru Malaysia pada tahun 1988.

Menurut beberapa sumber, ramai sebenarnya tidak tahu pencipta lagu Kami Guru Malaysia, apatah lagi arwah adalah seorang guru, sehinggakan Kementerian Pendidikan ketika itu juga lambat untuk mengetahuinya semasa cikgu arwah masih ada.

Namun, selepas pihak kementerian mengetahuinya, maka satu penghargaan diberikan hanya setelah cikgu Hashim meninggal dunia.

“Tapi, itu semua atas pendirian arwah untuk tidak mendedahkan dirinya dan melarang kenalannya memaklumkan kepada mana-mana pihak.

“Selepas beberapa tahun arwah meninggalkan, ada di kalangan kenalannya merasakan perlu pihak kementerian mengetahui siapa pencipta lagu Kami Guru Malaysia.

“Sehinggalah, kenalan itu menghantar email kepada Pengarah Pendidikan untuk memaklumkan,” kata sumber yang tidak mahu mendedahkan identiti dirinya.

Menurutnya, email itu bukan kerana hendak penghargaan, tetapi meminta supaya dibacakan Al-Fatihah untuk arwah setiap kali masa menyambut Hari Guru sebelum lagu itu dinyanyikan.

Akhirnya barulah kementerian tahu yang pencipta lagu itu adalah seorang guru.

Lagu arwah cikgu Hashim kemudian menjadi Hak Kerajaan Malaysia. Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad.

Berikut lirik lagu Kami Guru Malaysia

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

https://youtu.be/ototTQXtKpY?si=rG-SzloQcPy6D9IM

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *