KUALA LUMPUR – Suasana gempar di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng di sini, selepas sekumpulan individu bertindak membaling bom petrol dalam kejadian awal pagi semalam.
Sinar Harian melaporkan, video kejadian pertama yang tular berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menunggang motosikal di hadapan pusat hiburan berkenaan.
Individu terbabit kemudiannya dilihat membaling objek dipercayai bom petrol ke arah premis itu sebelum beredar.
Video kedua pula tular memaparkan beberapa individu bertindak membantu memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.
“Siasatan berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252