PSBM penuhi jemputan ke DSA, tingkat pengetahuan, kemampuan untuk masyarakat

DALAM landskap keselamatan global yang sentiasa berkembang, satu acara berprestij iaitu Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 telah diadakan di ibu negara selama empat hari dari 6 hingga 9 Mei semalam.

Pameran itu diadakan sebagai mercu tanda inovasi dan kerjasama pelbagai pihak dengan DSA diiktiraf sebagai pameran pertahanan dan keselamatan terbesar di Asia, yang komited mengekalkan piawaian kecemerlangan.

Sepanjang berlangsung di Malaysia International Trade and Exchibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) antara jemputan kehormat penganjur ke pameran itu.

Rombongan PSBM yang diketua Presidennya, Datuk Seri Ramle Mat Daly turut meninjau dan setiap ruang reruai yang mempamerkan peralatan keselamatan baharu dan tercanggih dunia.

Dalam kunjungan itu, beliau turut bertemu dan beramah mesra dengan Ketua-ketua Pengarah pelbagai agensi, Pegawai Tertinggi TNI Indonesia, mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ramle menyifatkan kunjungannya ke DSA sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna dan berjaya dengan beberapa perbincangan diadakan bagi meningkatkan PSBM dari segi kemampuan untuk memberi sokongan dan khidmat kepada masyarakat.

Selain DSA, Malaysia turut melakar sejarah dengan penggabungan bersama edisi ketiga National Security Asia (NATSEC ASIA 2024) yang turut memainkan peranan penting sebagai pusat aktiviti perniagaan dalam landskap Pertahanan dan Keselamatan Asia Pasifik.

Gabungan DSA dan NATSEC ASIA ini mewakili platform penting bagi mengumpulkan pihak yang berkepentingan utama dalam industri Pertahanan dan Keselamatan serta agensi kerajaan untuk perikatan yang strategik, kerjasama dan peluang hubungan yang sangat berharga. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *