ANKARA – Penumpang pesawat Corendon Airlines dari Cologne, Jerman ke Antalya, Turkiye berdepan detik cemas apabila sebiji tayar jet penerbangan itu pancit dan ‘topang’ hadapannya rosak ketika mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa semalam, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye berkata, semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan itu.
Bagaimanapun, tiada penumpang pesawat yang cedera dan penilaian awal menunjukkan tiada kerosakan pada landasan.
Sementara itu, semua penerbangan masuk dilencongkan sementara ke Lapangan Terbang Antalya. -BERNAMA-XINHUA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252