BERITA UTAMA

Pemergian pelakon, penulis skrip Allahyarham Mat Congo

MAT Congo atau nama penuhnya Mohamed Salleh menghembuskan nafas terakhirnya Sabtu (4 Mei 2024) lalu.

Allahyarham ketika hayat terkenal dengan filem lakonannya “Ampal & Om” pada awal tahun 2000 bergandingan dengan Abu Bakar Ella.

Berita pemergiannya dimaklumkan anaknya, Jeffery Nor dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah serta takziah kepada keluarga.

Mat Congo dilahirkan pada 23 Mac 1947 di Kampung Sungai Balang Besar, Muar, Johor. Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Agama Sungai Balang, Sekolah Umum Simpang Renggam dan Sekolah Air Benban, Kulai, Johor serta lulus Sijil Tinggi Pelajaran Angkatan Tentera Malaysia (STP ATM).

Pada tahun 1961, ketika berusia 14 tahun, Mat Congo berhijrah ke Borneo Utara, Sabah sebagai tenaga buruh di Ladang Membakut.

Pada tahun 1965, Allahyarham menganggotai ATM selama 15 tahun dengan pasukan awal 2 Batalion Malaysian Renjers, kemudian ditumpangkan ke 5 Briged (Risik) Rejimen Askar Renjer Malaysia yang berpangkalan di Taiping, Perak.

Pernah bertugas di sempadan Malaysia-Indonesia, pada zaman konfrontasi. Terlibat dalam operasi “Cahaya Bina” sempadan Malaysia-Thailand.

Pada tahun 1980, bertugas sebagai juruhebah RTM Kota Kinabalu. Menghasilkan berpuluh skrip drama radio, beberapa skrip teater, skrip drama TV, skrip telemovie dan penulis skrip telemovie “Orang Kitra”.

Pelakon drama radio, drama TV, teater. Pengarah teater, pengarah telemovie, pelawak, penyanyi dan pengacara.

Mat Congo dilantik sebagai Ahli Kehormat Ikatan Penulis Sabah (IPS). – Sumber Utusan Borneo

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *