JPN keluar 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt

KULAI – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sebanyak 275,785 MyKad generasi baharu di seluruh negara sejak pelancarannya pada 17 Sept hingga 20 Okt dengan Johor mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 31,392 kad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu menunjukkan sambutan baik masyarakat terhadap penggunaan MyKad generasi baharu yang dilengkapi dengan ciri keselamatan lebih canggih.

Beliau berkata MyKad generasi baharu mempunyai 53 ciri keselamatan berbanding 23 pada kad terdahulu termasuk transparent window, kod QR, ciri ultraungu, hologram dan mikroteks.

Penambahbaikan itu, menurut beliau bagi memastikan ciri keselamatan kad pengenalan terus relevan dengan perkembangan teknologi selepas penggunaan MyKad generasi terdahulu selama kira-kira 12 tahun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“JPN mengambil langkah untuk mengemas kini lagi ciri keselamatan. Maka itu kita namakan MyKad generasi baharu,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Saifuddin Nasution terdahulu merasmikan Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-78 dan Pelancaran Kampung Angkat MADANI serta Sekolah Angkat MADANI di Dewan Serbaguna Kampung Melayu Sedenak, Kulai di sini hari ini.

Beliau berkata selepas jumlah tertinggi di Johor, Kuala Lumpur merekodkan pengeluaran MyKad generasi baharu sebanyak 29,601 diikuti Selangor (26,736), Sarawak (25,642) dan Sabah (22,523).

Dalam pada itu beliau berkata orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar MyKad kerana JPN memberi jaminan bekalan kad mencukupi bagi memenuhi permintaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata ketika ini, kira-kira 24 juta MyKad berada dalam edaran (Mykad sedia ada) manakala JPN menerima purata 200,000 permohonan sebulan bagi pelbagai urusan termasuk permohonan baharu, penggantian kad rosak dan penggantian bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun.

“Kami tidak ada unjuran apa-apa… yang penting pastikan bekalan kad mencukupi untuk orang ramai yang memilih untuk menukar MyKad generasi baharu,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata pemilikan MyKad semakin penting berikutan pelbagai inisiatif kerajaan memerlukan penggunaannya termasuk pembelian bahan api, minyak masak dan penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *