Indonesia kurangkan eksport gas asli ke Singapura

JAKARTA – Indonesia mula mengurangkan eksport gas asli ke Singapura sebanyak 31 bilion unit terma British sehari (BBTUD), berkuat kuasa pada Sabtu, menurut pengawal selia minyak dan gas huluan negara itu.

Ketua Pasukan Petugas Kawal Selia Minyak dan Gas Hulu (SKK Migas) Djoko Siswanto berkata pengurangan itu terdiri daripada 15 BBTUD dari Kepulauan Natuna di Laut China Selatan dan 16 BBTUD dari pulau Sumatera di barat Indonesia.

“Mulai esok (Sabtu), kami akan mengurangkan eksport gas ke Singapura, 15 BBTUD dari Natuna dan 16 BBTUD dari Sumatera,” katanya menurut laporan agensi berita negara Antara pada Sabtu.

Djoko berkata Singapura ialah satu-satunya negara yang terjejas oleh pengurangan itu kerana saluran paip eksport gas terbabit disambungkan terus ke negara itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengumuman itu susulan kenyataan Menteri Penyelaras Hiliran dan Peralihan Tenaga Bahlil Lahadalia pada Rabu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk tidak melanjutkan eksport gas ke negara jiran.

Bahlil, yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, berkata Indonesia akan mengkaji semula eksport gasnya untuk mengutamakan penggunaan domestik khususnya bagi menyokong pembangunan industri petrokimia hiliran.

Katanya Indonesia kini mengeksport 30 peratus daripada pengeluaran gas aslinya manakala baki 70 peratus digunakan dalam negara sambil menambah bahawa peruntukan itu akan dikaji semula. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *