Tiga pegawai kanan temasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Kelantan, semalam direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Habri Muhamad di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu selepas permohonan dibuat oleh SPRM.
Ketiga mereka yang ditahan SPRM semalam akan siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
Seorang lagi yang ditahan 30 April lalu, disambung reman selama tiga hari bermula esok sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.
Terdahulu, pengurus besar termasuk tiga pegawai kanan yang memakai baju lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, jam 9.15 pagi dengan dikawal oleh pegawai SPRM.
Kesemua mereka berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.
Tiga daripada mereka ditahan jam 7.30 malam tadi, ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.
Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM. -ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252